Posts

Peti Sejuk Beko

Image
Assalamualaikum semua  kengey (Geng), Hari ini aku nak bercerita tentang peti sejuk berjenama Beko yang telah aku gunakan selama setahun. Aku mulai dari awal pembelian sehingga aku masih menggunakan khidmatnya. Dan mungkin tidak secara terperinci, tapi harap dapat membantu kengey-kengey semua yang ingin membeli peti sejuk berjenama ini tetapi tidak pasti akan kualitinya. Di awal pembelian 5 perkara yang aku cari. Dan kerana 5 perkara inilah aku dijodohkan bersama Beko. Apa yang aku cari? Kapasiti Murah Jimat Tenaga Jenama Warranty Kerana aku seorang yang kederek (kedekut). Jadi apa saja yang melibatkan ratusan atau ribuan ringgit, aku akan pastikan yang aku berpuas hati dengan pembelian tersebut.  Ini kerana aku berpegang pada prinsip  "Poketku Riang Hatiku Girang".  Inilah peti sejuknya, reka bentuk yang agak modern Kapasiti Didatangi dengan 2 pintu dan ruangan 230 litres cukup bagi aku sekeluarga. Sedang- sedang, tak adalah besar gedabak