Peti Sejuk Beko
Assalamualaikum semua kengey(Geng),
Juga peti sejuk ini didatangkan dengan ciri-ciri menarik dan teknologi terkini seperti Pro Smart Inverter Compressor, EverFresh, Active Fresh Blue Light dan Petak Multizone.
Kalau tanya aku dah pasti memang aku blur tentang ciri-ciri ni tapi apa yang pasti ianya untuk kebaikan kepada pengguna itu sendiri.
Berbaloi?
Jadi adakah ia satu pembelian yang berbaloi? Dari sudut pandangan aku yang telah menggunakan peti sejuk ini selama setahun aku sangatlah berpuas hati. Kesejukan peti sejuk ni perlu diakui, memang sejuk dan sepanjang penggunaan tiada lagi kerosakan yang berlaku. Dan aku bukan seorang yang jenis menjaga sesuatu barang. Aku pernah membaca artikel tentang penjagaan peti sejuk yang mengalakkan agar peti sejuk di rehatkan selepas 3 bulan penggunaanya tanpa henti. Datangnya aku on saja setahun tanpa henti, hanya pernah sekali je off itu pun sebab area rumah aku blackout selama 4 jam. Dan sehingga kini ia masih berkhidmat pada tuan nya dan aku harap agar peti sejuk ini bertahan lagi dalam masa 5 atau 6 tahun akan datang. Tapi penjagaan peti sejuk akan aku mula jalankan agar peti sejuk ini dapat berkhidmat dengan jayanya.
Good job Beko!
Hari ini aku nak bercerita tentang peti sejuk berjenama Beko yang telah aku gunakan selama setahun.
Aku mulai dari awal pembelian sehingga aku masih menggunakan khidmatnya. Dan mungkin tidak secara terperinci, tapi harap dapat membantu kengey-kengey semua yang ingin membeli peti sejuk berjenama ini tetapi tidak pasti akan kualitinya.
Di awal pembelian 5 perkara yang aku cari. Dan kerana 5 perkara inilah aku dijodohkan bersama Beko. Apa yang aku cari?
- Kapasiti
- Murah
- Jimat Tenaga
- Jenama
- Warranty
Kerana aku seorang yang kederek(kedekut). Jadi apa saja yang melibatkan ratusan atau ribuan ringgit,
aku akan pastikan yang aku berpuas hati dengan pembelian tersebut.
Ini kerana aku berpegang pada prinsip "Poketku Riang Hatiku Girang".
Inilah peti sejuknya, reka bentuk yang agak modern
Kapasiti
Didatangi dengan 2 pintu dan ruangan 230 litres cukup bagi aku sekeluarga. Sedang- sedang, tak adalah besar gedabak dan tidak lah kecil juga, just nice. Tetapi untuk kengey yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang besar memang tak cukup untuk menyimpan barang-barang mentah dan sejuk beku. Tambahan jika masak hari-hari memang tak muat nak simpan, kena cari peti sejuk dengan ruangan yang lebih besar.
Ruangan sejuk beku untuk barangan mentah
Ice maker
Ruangan di pintu kedua
Ruangan untuk buah-buahan dan sayuran yang menggunakan teknologi EverFresh
Murah
Setelah survey di beberapa buah kedai dan online shop Lazada. Akhirnya dengan harga RM900 tepat dan tiada caj tersembunyi, aku berjaya membawa peti sejuk ini pulang dengan jayanya.
Pendapat aku nilainya berpatutan jika nak dibandingkan dengan peti sejuk jenama yang lain dengan kapasiti yang sama. Tetapi kalau boleh dapat lagi murah itu rezeki kengey lah.
Jimat Tenaga
Ini yang paling aku utamakan ketika pembelian peti sejuk ini dibuat. Kerana peti sejuk bekerja untuk tuan nya selama 24 jam dan 7 hari seminggu tanpa henti.
Jadi penggunaan eletrik tanpa henti akan mendatangkan bil elektrik bulanan yang tinggi.
Jadi solusinya, aku perlu membeli barang elektrik yang jimat tenaga.
Bil elektrik bulanan aku hanya mencekik RM30 hengget kebawah saja dan bagi aku ok lah nak apa lagi. Nak murah guna peti sejuk jiran sebelah
Jenama
Mungkin jenama Beko ini masih lagi asing didengar oleh rakyat malaysia, ini kerana kita sudah terbiasa dengan barangan eletrik berjenama premium seperti Toshiba, Sharp, Hitachi, Singer, Panasonic dan lain-lain.
Jenama beko cukup terkenal di negara Eropah, UK dan kini baru melebarkan sayapnya di negara asia yang lain. Aku tidak pasti tahun bila yang si Beko ni mula menapak di Malaysia. Tapi apa yang aku perasan syarikat-syarikat besar seperti Ikea mempamerkan peti sejuk jenama beko ni. Kalau kengey semua berjalan-jalan di Ikea, cuba jenguk di kawasan deko-deko dan akan nampak peti sejuk ini. Ini menunjukkan beko setaraf dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar seperti Ikea.
Beko turut dikenali di seluruh dunia sebagai rakan premium FC Barcelona kelab gergasi bola sepak di Sepanyol.
Warranty
Didatangi dengan jaminan selama 12 tahun berjaya membuatkan hati aku cair dan terus menyambar peti sejuk ini. Dan hasil bandingan dengan jenama yang lain tentang jaminan.
Beko lah satu-satunya yang menawarkan jaminan yang lebih lama berbanding dengan jenama yang lain. Dan bagi aku ini adalah satu penjimatan dalam masa jangka panjang, dan win situation buat si pembeli.
Juga peti sejuk ini didatangkan dengan ciri-ciri menarik dan teknologi terkini seperti Pro Smart Inverter Compressor, EverFresh, Active Fresh Blue Light dan Petak Multizone.
Kalau tanya aku dah pasti memang aku blur tentang ciri-ciri ni tapi apa yang pasti ianya untuk kebaikan kepada pengguna itu sendiri.
Berbaloi?
Jadi adakah ia satu pembelian yang berbaloi? Dari sudut pandangan aku yang telah menggunakan peti sejuk ini selama setahun aku sangatlah berpuas hati. Kesejukan peti sejuk ni perlu diakui, memang sejuk dan sepanjang penggunaan tiada lagi kerosakan yang berlaku. Dan aku bukan seorang yang jenis menjaga sesuatu barang. Aku pernah membaca artikel tentang penjagaan peti sejuk yang mengalakkan agar peti sejuk di rehatkan selepas 3 bulan penggunaanya tanpa henti. Datangnya aku on saja setahun tanpa henti, hanya pernah sekali je off itu pun sebab area rumah aku blackout selama 4 jam. Dan sehingga kini ia masih berkhidmat pada tuan nya dan aku harap agar peti sejuk ini bertahan lagi dalam masa 5 atau 6 tahun akan datang. Tapi penjagaan peti sejuk akan aku mula jalankan agar peti sejuk ini dapat berkhidmat dengan jayanya.
Good job Beko!
nice sharing... i'm on my way to buy a new refrigerator...i have heard about "Beko" but never having experience using or purchasing these brand...hopes you keep writing in the future..
ReplyDeletetengah mencari aircond ... ada nampak juga jenama ni... 1.5hp baru rm1700 siap 5 tahun warranty dari seng heng ..... jenama ni x famous lagikat malaysia... bila tanya orang..semua macam skeptical n cadangkan beli jenama yang mmg dah well known.... bila baca perkongsian ni... mcm ok je jenama beko ni kan.
ReplyDeletetq
Peti ais beko body memang panas ke ble pasang
ReplyDeleteBagaimana hendak membuang sisa air yang berbau di belakang peti sejuk beko? , mcm susah nak buka
ReplyDeleteBoleh buka x? Tgk kaji ni mcm mn nk buka xboleh2 lg
Deletesaya pun ada maslah sama. bila call beko kena bayar rm100 akan ada technician dt cuci. ada sesiapa boleh tlg tk
DeleteBaru beli peti ais beko. Ragu-ragu juga sbb tak pernah dengar jenama ni huhu. Thanks utk feedback ni sis
ReplyDeletePeti sejok jenama beko tidak sejuk
ReplyDeleteBetul ker peti sejuk Beko tak sejuk...
ReplyDeleteMemang betui x sejuk . .menyesal beli ais ni .kat umah saya pun sama
DeleteYa..saya barubeli peti ais beko semalam tak sejuk. Tgh tggu texhnician dtg.
ReplyDeleteDah ok ke sis peti sejuk lps repair..samala mslh kita
Deleteyg komen tak suka jenama beko ni semua Unknown guest. hurmm..
ReplyDeleteWarranty conpressor brp tahun ye? Sbb kat rumah da pakai 2 tahun. Jenis sama macam encik ni. Baru2 ni x berfungsi x sejuk. Da panggil technician myb kena panah petir. Dia kata Kena tukar compressor hrg dlm 600-700 huwaaaa. cari balik warranty x jumpa plak..sbb baru pindah rumah aritu xtau letak kt mana. Kedai elektrik lak tutup musim pkp ni huhu. Xtau nk refer mana. Susah xde peti ais ni.
ReplyDeletePakai jenama ni jugak ..
DeleteMasa beli dulu kata warinty seumur hidup..
Ni 2 ND time rosak..
Kedai yang g beli dulu dah bungkus .tak tahu kemana
Mcm mana nk set temperature yg sesuai untk fridge ni ye . Sbb peti ais saya kadang sejuk . Kadang tak . Bahagian frozen okey je . Tapi bahagian buah dan sayur je tak okey .
ReplyDeleteya betul.. bahagian frozen ok tp bahagian bawah tak sejuk
DeleteKalau Nak Servis Kat mana yg berhampiran
ReplyDeletesaya baru beli jenama beko 470L..setakat ni alhamdulillah..
ReplyDeletealamak yeke..saya baru je beli peti ais beko semalam..aduuii mcm2 masalah pulak dengar..tau ambik jenama jepun
Deletesaya pun beli yg size 460L semalam..beli pun sbb kawan ade pakai so far dah 3thn xde masalah pun katanya..
Deleteberapa harga cik beli tu?
DeleteSaya baru beli, peti ais 470 liter, tapi kenapa bahagian bawah fridge compartment kurang sejuk. Boleh bagi tunjuk ajar, firsttime guna
DeleteSaya pun baru beli jenama beko 470L jgk..masalah sekarang kalau sy buka freezer dan tutup pintu tu dia mcm ada bunyi berdesing kt belakang (compressor)..apa masalah dia ye..peti baru 3 bulan
DeleteNk tanya kenapa peti ais kejap sejuk kejap x .satu saluran air di belakang peti ..macam nk buka buang air yg bertakung .Klau x buang ia meleleh ..peti ais .ni x berapa elok menyesal beli😡
ReplyDeleteGambar
ReplyDeleteDah sehari smlm install bhgn buah x sejuk2 ni...stress laa...beli mahal
ReplyDeleteMother board Kena rosak service centre
ReplyDeleteSaya baru beli peti ais jenama Beko 440L semalam. Ada x yg tahu suhu yg paling idea utk set bahagian sejuk beku dan bahagian dingin (sayuran, buah-buahan)?
ReplyDeleteSaya letak frozen 22, freezer 2..frozen OK, xde mslh, letak lh apa suhu pun, tp mula2 dlu. Mcm pelik belah bwh x brp fhm suhu mana yg sesuai, skg sy try 2 drpd 8, mcm OK sikit
DeleteTerima kasih Hana Hasnah.
DeleteSaya pun baru beli jenama beko, atas sejuk beku, bawah tak sejuk, cakap sayur fresh, letak Kari jadi Basi, letak sayuq rosak, lembik
ReplyDeleteSama mcm situasi saya, frozen ok. Tp bahagian freezer hbis pes semua jd masam, pastu sayur baru beli jd berair buah jd kecut. Berapa suhu sepatutnya ? Dia kata suhu 4 tp saya letak 4 jd mcm ni
DeleteSy baru beli peti ais beko..hope ok la...jgn buat hal pls😭😭😭
ReplyDeletetak payah lah beli peti ais BEKO ni...saya beli dalam masa 3 tahun, 2 kali hantar repair. Compressor problem, dan ada kalanya peti ais tiba2 berbunyi "krek kreek kreekk". Customer service BEKO paling worst service kalau korang nak tau. Call tak pernah dapat. Menyesal besi jenama BEKO ni !
ReplyDeleteBetul tu ... Menyesal beli
DeleteHaha, awak 3 tahun.saya baru 5 bulan. Dah buat perangai, tiba2 lampu tak menyala, lampu panel suhu rosak, tiap mnggu problem. Dah sampai 3 kali technician mai tukar. Yg psti dgr bunyi krek2 tu pastu trus problem.
DeleteHmmm masalah sama... Baru beli 3 tahun hari ni compressor lingkup... Warranty dh habis... Panggil technician repair dekat 500++
DeletePeti ais x best .nk tahu tempat air kat belakang camna nk buka nk buang .seksa menyesal beli ..air belakang ..bertakung .x Lex buka 😡😡
ReplyDeletebeko sy pun dah meragam.. baru sebulan lebih..dah xsejuk. habis bhn mentah dlm freezer lembik.. xtahu la punca apa. ada gak petir kuat aritu. tp masih running. cuma dah xsejuk dan xleh nk beku ikn daging... duk cari klu ada review yg membantu.. sebelum ni mmg seronok guna... very excellent. moga bergunalah warranty nya..
ReplyDeleteSaya punya beli masa bulan puasa hari tu, after 5 bulan dia buat perangai dah. Mula2 lampu x menyala, tak sejuk. Panel suhu rosak. Technician mai hari ni seminggu lpas tu rosak lagi. Dah sampai 3 kali. Tak da trip apa pun. Duk dgr bunyi kt dalam tu mcm krek2 mcm percikan.. Pastu trus panel suhu tu tak menyala dah.
Deletebeko sy technician beko dah repair gntikan board dia... pastu atas sejuk tp xbeku. bwh pns xsejuk... so pggl blik techniciannya... so mereka tgk n kata dah xboleh buat apa. rosak dah.
DeleteJgn beli peti ais jenama beko .. celik. Menyesal beli
ReplyDeleteiyelaaa...sama..saya pun beli jenama beko..atas sejuk elok..bawah xsejuk pun, sayur cpt rosak..letk mknn cpt basi..klu letk air buah, mmg xleh thn sehari..cpt je berbuih..baru guna 1buln lebih..technician dh dtg baiki haritu lepas beli baru 3ari xsejuk..lepas baiki pun still sama..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHai.... Saya beli 12/5/2021 alhamdulillah setakat ni OK... Cuma x pandai setting atas dan bawah... Sekarang ni setting -16/3 freezer mmg cepat beku...bawah pon OK... Sayur2...leftover food pon OK..... Air yg belakang tu saya guna pam utk akarium ok jugak.... So far berbaloi utk di beli.... Saya pon sama kalau boleh pakai 10 tahun lg... Hihihihi
ReplyDeletebetul ke br je beli ni
DeleteBaru ingat nak beli sebab tgk designe cntik n besar... Bila baca mcm tak jd nak beli...tq review...sgt membantu
ReplyDeleteQueen Casino - Sega Genesis (Mega Drive) Music
ReplyDeleteQueen Casino. Published: October fun88 soikeotot 22, 1995. Console: Sega Genesis (Mega bk8 Drive). Developer: Pragmatic Play. Publisher: Sega. Ripped by: クイーンカジノ DJ Squarewave.
Hai, camna peti ais beko ajan bojan? ok lg tak? sy nak beli peti ais beko ni. tp tkt la plk.
ReplyDeleteCaesars Interactive set to roll out the Red Dog - Dr.MCD
ReplyDeleteCaesars Interactive is set to roll out the Red Dog – Dr.MCD 평택 출장안마 on Thursday, May 대구광역 출장안마 14. 경상남도 출장안마 It will provide an online gambling 성남 출장샵 experience for 여주 출장마사지 players